Monday, September 17, 2012
Sunday, July 29, 2012
Friday, April 27, 2012
Forum Perdana
Friday, April 27, 2012
0
Pada 27 April ini bersamaan hari Sabtu,satu forum perdana bersama Tn Hj A Hai Abas iaitu imam dari Asaadah KL dan Qari Selangor iaitu Tuan Ramli Putih akan membicarakan berkenaan tajuk "Kasih sayang dalam kehidupan abadi". Forum tersebut bertempat di Medan Selera Bandar Tasik Putri Rawang.Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada Kumpulan Khasif KL. Orang ramai adalah dijemput hadir menyaksikan forum perdana ini.
Published with Blogger-droid v2.0.4
Sunday, April 1, 2012
Sunday, March 18, 2012
Majlis bacaan Yasin, tahlil & doa selamat
Sunday, March 18, 2012
0
Adalah dimaklumkan satu majlis berikut akan diadakan di di Medan Selera Tasik Putri dan Uptown Rawang. Butirannya dalah seperti yang tertera di bawah ini.
Tempat : Perkarangan Uptown / Medan Selera Tasik Putri
Tarikh : 23 Mac 2012
Masa : 9 Malam
Kehadiran : Semua warga bandar Tasik Putri & Green Valley Park adalah dijemput hadir
Semoga majlis ini akan diberkati olehNya. Kehadiran tuan/puan adalah amat dialu-alukan dan saya hargai. Terima kasih.
Tempat : Perkarangan Uptown / Medan Selera Tasik Putri
Tarikh : 23 Mac 2012
Masa : 9 Malam
Kehadiran : Semua warga bandar Tasik Putri & Green Valley Park adalah dijemput hadir
Semoga majlis ini akan diberkati olehNya. Kehadiran tuan/puan adalah amat dialu-alukan dan saya hargai. Terima kasih.
Labels:
bacaan yasin,
Majlis Tahlil
Saturday, February 18, 2012
Saturday, February 18, 2012
0
Sinar harian, 18 Februari 2012.
NYDP MPS membenarkan penangguhan perpindahan para peniaga kerana mempunyai bidang kuasa yang melebihi YDP MPS sendiri. Ini dinyatakan penangguhan tersebut boleh dilakukan dengan syarat peniaga telah berniaga lebih daripada 6 bulan dan membenarkan peniaga mengemukakan kertas kerja baru untuk tapak yang baru.
Persoalannya kini????
Apakah maknanya MPS telah meluluskan pembinaan foodcourt baru jika ada pula cadangan pembinaan di tapak baru? Adakah terdapat pihak di dalam MPS yang mendengar rayuan para peniaga yang degil dan menidakkan peniaga lain yang sudah berpindah dan meneruskan perniagaan di tapak foodcourt yang baru? Ini adalah sangat-sangat dikesali. Apa pandangan anda wahai para pembaca sekalian? Ada udang di sebalik mee kah atau ada agenda pihak tertentu yang ingin bermain tarik tali?Wallahu'Alam..
Labels:
Isu
Thursday, February 16, 2012
Pesanan & ingatan daripada pihak MPS
Thursday, February 16, 2012
0
Selasa, 14 Februari 2012. Sinar Harian
Seperti yang dilaporkan melalui akhbar Sinar baru-baru ini, pihak admin ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan tuan/puan yang menjalankan perniagaan di presmis berhampiran lot kedai medan selera Tasik Putri supaya dapat memberi kerjasama dapat berpindah atau menyertai program komuniti perniagaan di Medan Selera Tasik Putri.
Sebenarnya ianya lebih menjamin keuntungan dan kebersihan premis selain mendapat permit tetap daripada pihak MPS sendiri dan tiada berlakunya unsur menyalahgunakan permit penjaja sebelum ini. Selain itu, ianya membantu golongan bumiputra khususnya mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih sistematik di samping menjana ekonomi ke arah yang lebih baik.
Adalah diharapkan sekali, agar pihak berkenaan dapat menyahut seruan ini demi memastikan penggemblengan tenaga bumiputra memajukan lagi sektor perniaagaan berasaskan makanan lebih meningkat. Seterusnya dapat menjana ekonomi ummah.
Labels:
Aduan awam
Subscribe to:
Posts (Atom)