HOT NEWS
Untuk pendaftaran: Sila hubungi Tn Hj Mohd Ghazali bin Hj Anuar di talian 0176898958 @ Tn Hj Kamal Ariffin di talian 014-2621913

Thursday, December 6, 2012

KAFETARIA BAIWORLD SEMAKIN MAJU

Thursday, December 6, 2012 0
Alhamdulillah...nampaknya Kafetaria Baiworld semakin maju dengan kedai untuk operasi juga bertambah daripada 1 kedai kepada 4 kedai untuk menampung jumlah pelanggan yang datang. Berbagai menu baru juga berjaya menarik pengunjung . Diantara menu terbaru ialah "MEE CELOP BAI" CENDOL BAI, DAN ABC SPECIAL BAI. Jangan lepaskan peluang untuk merasai memu-menu baru di BAIWORLD. Anda pasti teruja.


Sunday, November 18, 2012

MAJLIS PELANCARAN AURAFM

Sunday, November 18, 2012 0








Jika anda inginkan dunia muzik interaktif, jangan lupa layari www.aurafm.com. Pada 11/11/2012 yang lalu aurafm telah membuat majlis pelancaran di Foodcourt Uptown Blok 16 Bandar Tasik Puteri. Pelbagai aktiviti dan jualan disediakan disamping persandingan artis turut diadakan pada majlis tersebut.

Monday, October 29, 2012

KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK SENDIRI MATI KELAPARAN

Monday, October 29, 2012 0
Nama yang "GAH" tidak menjamin keuntungan. Dahan yang kuat tidak tentu boleh dijadikan pengikat buaian untuk tidur lena. Inilah yang dilalui oleh peniaga Foodcourt Uptown Majlis Perbandaran Selayang. Bernaiga di gerai bawah jajahan takluk Majlis Perbandaran Selayang tidak secerah peniaga haram. Kalau mendengar nama gah Foodcourt Uptown Majlis Perbandaran Selayang, ingat boleh mengisi perut dan mencari sesuap nasi, tetapi rupanya terpaksa mengikat perut akibat berniaga. Ingatkan Majlis Perbandaran Selayang boleh dijadikan payung untuk menyediakan tempat niaga yang selesa tetapi semua indah khabar dari rupa. 

Peniaga yang berada di Foodcort Uptown ini membayar sewa kedai, membayar bil air dan api, tetapi duit poket sendiri terpaksa dikeluarkan untuk menampung kos dan bayaran.. Tiada langsung usaha promosi yang dibuat oleh Pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sendiri. 

Peniaga-peniaga di sini kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan terpaksa meminta bantuan along untuk terus hidup. Tetapi apa yang MPS telah lakukan? Katanya ingin menguatkuasakan undang undang dan peraturan dengan meroboh peniaga harap, tetapi rupanya sekadar gimik yang tidak berkesudahan. 

Notis saman, notis roboh untuk peniaga harap dikeluarkan, tetapi semua tidak ada makna. Notis tanpa penguatkuasaan , notis tanpa tindakan ibarat melepaskan batuk di tangga. Kenapa kami peniaga yang membayar sewa dianak tirikan?

Monday, September 17, 2012

PENIAGA BERJAYA DI FOODCORT

Monday, September 17, 2012 0

Sunday, July 29, 2012

MEE UDANG BAIWORLD JUGA ADA DI FOODCOURT & UPTOWN

Sunday, July 29, 2012 0
Selain di Kolam Pancing Baiworld, mee udang juga boleh didapati di
 di Kedai No B16 dan B17, Baiworld.Tomyan
Foodcourt dan Uptown Blok 16.


Friday, April 27, 2012

Forum Perdana

Friday, April 27, 2012 0

Pada 27 April ini bersamaan hari Sabtu,satu forum perdana bersama Tn Hj A Hai Abas iaitu imam dari Asaadah KL  dan Qari Selangor iaitu Tuan Ramli Putih akan membicarakan berkenaan tajuk "Kasih sayang dalam kehidupan abadi". Forum tersebut bertempat di Medan Selera Bandar Tasik Putri Rawang.Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada Kumpulan Khasif KL. Orang ramai adalah dijemput hadir menyaksikan forum perdana ini.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 1, 2012

Preview Foodcourt - Updated

Sunday, April 1, 2012 0





Pelbagai jenis produk dan beraneka makanan dijual...jangan lepaskan peluang ini..!

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates