HOT NEWS
Untuk pendaftaran: Sila hubungi Tn Hj Mohd Ghazali bin Hj Anuar di talian 0176898958 @ Tn Hj Kamal Ariffin di talian 014-2621913

Monday, October 29, 2012

KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK SENDIRI MATI KELAPARAN

Monday, October 29, 2012 0
Nama yang "GAH" tidak menjamin keuntungan. Dahan yang kuat tidak tentu boleh dijadikan pengikat buaian untuk tidur lena. Inilah yang dilalui oleh peniaga Foodcourt Uptown Majlis Perbandaran Selayang. Bernaiga di gerai bawah jajahan takluk Majlis Perbandaran Selayang tidak secerah peniaga haram. Kalau mendengar nama gah Foodcourt Uptown Majlis Perbandaran Selayang, ingat boleh mengisi perut dan mencari sesuap nasi, tetapi rupanya terpaksa mengikat perut akibat berniaga. Ingatkan Majlis Perbandaran Selayang boleh dijadikan payung untuk menyediakan tempat niaga yang selesa tetapi semua indah khabar dari rupa. 

Peniaga yang berada di Foodcort Uptown ini membayar sewa kedai, membayar bil air dan api, tetapi duit poket sendiri terpaksa dikeluarkan untuk menampung kos dan bayaran.. Tiada langsung usaha promosi yang dibuat oleh Pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sendiri. 

Peniaga-peniaga di sini kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan terpaksa meminta bantuan along untuk terus hidup. Tetapi apa yang MPS telah lakukan? Katanya ingin menguatkuasakan undang undang dan peraturan dengan meroboh peniaga harap, tetapi rupanya sekadar gimik yang tidak berkesudahan. 

Notis saman, notis roboh untuk peniaga harap dikeluarkan, tetapi semua tidak ada makna. Notis tanpa penguatkuasaan , notis tanpa tindakan ibarat melepaskan batuk di tangga. Kenapa kami peniaga yang membayar sewa dianak tirikan?
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates